aku bahagia kerana kau adalah takdirku,
pertemuan pandang pertama membibitkan cinta,
entah kenapa aku menoktahkan kau jodohku,
kita telah banyak menciptakan pertemuan,
tanpa ku sedari perasaan ini terus hanyut,
hari demi hari hanya bayanganmu menemaniku,
namun takdir Tuhan tiada siapa menduga,
aku tidak lagi diizinkan untuk terus mencintaimu,
semakin hari semakin aku cuba untuk menjauhi dirimu,
tetapi kau terus mendekatiku,
aku tahu kau tertanya-tanya,
namun aku tak mampu untuk memberi jawapan,
hati aku terus merintih,
mengapa aku tidak diizinkan mencintainya,
biarlah aku undur diri pergi darimu,
kerana aku tidak layak menarikmu kelembah derita,
kau berhak menggapai kebahagiaan,
kau tidak berhak berkongsi derita yang ku tanggung ini,
kau tidak berhak berkongsi kasih sayangku,
wahai sang kekasih,
izinkan ku pergi selama-lamanya,
pergi ke dunia baruku,
hanya titipan doa ku harapkan darimu,
semoga hidupmu sentiasa bahagia...
p/s:sweatnye...percintaan yg setia..kasih suami terhadap isteri tercinta..tetap sabar dengan dugaan yang melanda...harap enjoy la,korang tonton video nie k!!!!
No comments:
Post a Comment